Sesungguhnya masa berlalu dengan begitu cepat sekali, cuti yang selama sepuluh hari hampir nak tamat. Saya pasti rakan-rakan sekelas mesti menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh meriah sekali. Menziarahi rumah sanak saudara dan kawan, memasak rendang, makan dengan sepuas-puasnya...
Lau dan Beritin pula mesti membawa isteri dan anak pergi shopping, di samping study hard untuk menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi pada 3 November.
Saya pula, sibuk buat assignment Dr Sathia. Siap memikirkan apakah fungsi pentaksiran?; Sejauhmanakah ia dilaksanakan di sekolah?; Sebagai bakal pemimpin kurikulum, apakah rancangan dan tindakan untuk menambahbaikan sistem pentaksiran pembelajaran?; 10 amalan pengajaran yang bermakna dan berkesan berasaskan pengalaman saya sebagai guru yang baik.
Di samping sibuk buat assignment Vivian juga tidak abaikan suami dan anak yang tercinta, inilah masanya untuk bersama mereka menonton wayang, memasak masakan yang mereka gemari... memang tidak sampai hati nak tinggalkan mereka .
Namun, tanggungjawab sebagai student IPK tetap perlu kami tunaikan. Semoga kawan-kawan sudah bersiap sedia untuk balik ke IPK dengan semangat baru. Jumpa lagi pada 5 Oktober 2008 .
3 条评论:
kalau dah mulakan tugasan dr sathia bermaksud puan dah habiskan asgment datin, tahniah.
Apa beza cuti hari raya dengan cuti tahun baru cina? Kalau cuti raya masih banyak kedai yg dibuka tapi kalau dah tahun baru cina, alamak seminggu la kami semua tak boleh nak beli barang keperluan sbb semua kedai ditutup. Itulah yg saya alami semasa berada di sibu dulu
Saya rasa sangat takut sebab anda sudah siap asgment,Lepas ini anda dah boleh study so anda boleh la tolong terangkan pd kawan2 tentang isi2 penting yg anda baca
Di Johor Bahru, tahun baru dan raya tak banyak bezanya. kami di sini tidak menghadapi sebarang masalah untuk membeli belah , walaupun pada musim perayaan. Kalau Raya, kaum cina akan berniaga; manakala kalau tahun baru cina kaum melayu pula. Giant, Jaya Jusco, ... akan buka setiap hari. so kalau u nak shopping pada musim perayaan , datang lah ke J.B.
发表评论