2008年11月6日星期四

www.pendidik.com.my


Sungguh hebat setelah kami telah selesai menjawab 3 kertas peperiksaan dan saya pasti rakan-rakan dapat menjawabnya dengan penuh keyakinan, ini kerana ada di antara kawan-kawan yang telah menjawab berpuluh-puluh muka surat sehingga habis dakwat pen mereka...

Terima kasih kepada rakan-rakan kerana pada hari-hari yang tiada peperiksaan En Azhan dan rakan-rakan yang lain telah memberi bantuan dan bimbingan iaitu, Fast Group Discussion (FGD). FGD demi FGD telah diadakan dan ini membuktikan kami telah mengaplikasikan segala yang telah dipelajari di IPK iaitu kolaboratif dan kollegialiti dalam mewujudkan semangat pasukan yang kuat dalam kalangan kami.

Walaupun agak stress, namun ada berita yang menghiburkan juga iaitu kami telah berjaya memaparkan muka kami di Majalah Pendidik untuk bulan November ini.

Ada di antara kawan yang berpendapat tajuk utama Majalah Pendidik tidak begitu sesuai iaitu "tambah guru siswazah menerusi Program Pensiswazahan Guru Sekolah Rendah", sedangkan kami telah ke peringkat Master . Nasihat saya kepada kawan-kawan yang masih tidak stabil adalah terimalah apa yang ditulis dengan hati yang terbuka, ini kerana kita seharusnya telah mencapai tahap self- actualization jangan mudah terpengaruh dan tersinggung jika kita betul-betul berupaya.



Majalah ini akan saya simpan dengan baik, agar dapat dibaca oleh cucu cicit saya satu hari nanti.


Semoga kawan-kawan dapat berjaya dalam peperiksaan.





Untuk makluman Tuan/Puan,

Di sini ada satu pengumuman daripada En Azhan iaitu dengan bunyi seperti yang berikut ;

Penyimpan mohor besar raja-raja berpakat untuk memaklumkan bahawa anak bulan tidak kelihatan di bulan November dan dijangkakan akan muncul pada akhir Disember. Oleh itu, semua aktiviti shopping dibekukan termasuk bond 007. Jika tidak faham ada FGD di IPK pada pukul 10 pagi, 8 November 2008.


Sekian.