Tempat pertama yang kami kunjung ialah rumah Prof. Datin Rahimah di Bangsar, kami dihidangkan dengan kuih muih, nasi dagang, laksam…. Kalau di IPK Prof. Datin Rahimah seorang pengarah, di kelas beliau seorang pensyarah tetapi di rumah beliau bagaikan seorang ibu… begitu friendly sekali.
Prof Datin Rahimah bersama ' boy power'
Prof. Datin bersama 'girl power'
Setelah memenuhkan perut kami sebanyak 80%, kami ke destinasi yang seterusnya iaitu rumah Prof. Datuk Hussein.
Di rumah Prof. Datuk , pelbagai juadah terhidang antaranya sate, nasi himpit, lemang, dan banyak lagi. Sekali lagi kawan-kawan tidak dapat mengawal diri dan makan dengan sekenyang-kenyangnya. Ada di antara kami yang mula risau kerana habislah diet kami dan terpaksa control makanan untuk lima hari yang berikutnya. Di samping makan, kami bagaikan pelancong mengambil gambar di sini sana, sehinggalah terlupa bergambar bersama dengan tuan rumah.
Terima kasih kepada Prof Datin Rahimah dan Prof Datuk Hussein kerana bersusah payah menyediakan pelbagai juadah untuk anak muridnya. Semoga Prof. Datin Rahimah dan Prof. Datuk Hussein dipanjangkan umur .
Kepada kawan-kawan selamat belajar dan jumpa lagi pada 3 November .
3 条评论:
Sepatutnya peserta2 IPK membahagikan perut mereka kepada 4 partition. 2 part dirumah datin n 2 part dirumah dato jadi baru padat 100%. Bila balik tak payah makan lagi sehingga malam n terus tido. Betapa nikmatnya hidup apabila badan sihat, boleh makan sekenyangnya
Komen saya tentang anda, semalam anda sangat bergaya dengan baju kebaya dan ianya sangat sesuai.
Yang kedua, saya juga rasa teruja melihat kedua-dua datin dan datuk yang begitu cakna pelajar dan begitu berjaya dalam hidup.
Saya juga berharap agar kita semua dapat menyimpan hasrat yang tinggi untuk menjadi warga negara yang terpelajar tetapi begitu merendah diri. Harapan saya agar kita semua akan datang pada minggu depan dengan satu keyakinan bahawa apa yang kita pelajari selama 14 minggu ini akan dapat disampaikan dengan olahan yang bijak dan bernas dalam peperiksaan nanti. Good LUck Puan Woo dan jangan lupa membaca tentang emics dan etics yang tertulis dalam blog saya, bukan utk peperiksaan tetapi sebagai ilmu yang mungkin tidak pernah hadir dalam kamus pendidikan kita selama ini
good luck for the exam...
发表评论