2009年10月23日星期五

*Love Song 1*

Saving All My Love For You - Whitney Houston

video

2009年10月20日星期二

Pantun

Selain mengajar di sekolah. Flower Power juga melibatkan diri dalam membantu budak-budak (dalam lingkungan umur 4 hingga 9 tahun) belajar Bahasa Melayu, antaranya berpantun.

Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat. Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait. Ada pantun yang berbentuk "nasihat", "teka-teki", "jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa".

Pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. Justeru itu, pantun- pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan agama.

Di sini Flower Power ingin berkongsi pantun-pantun yang bakal akan saya ajar nanti. Diharap dapat juga meningkatkan tahap bahasa dalam kalangan generasi muda.

Arak-arak kelapa puan,
tidak puan kelapa bali;
Harap hati kepada tuan,
Tidak tuan siapa lagi.

Anak beruk di kayu rendang,
Turun mandi di dalam paya;
Hodoh buruk di mata orang,
Cantik manis di mata saya.

Anak ikan dimakan ikan,
Ikan berenang dalam perigi;
Hilang intan berganti intan,
Intan bernama payung negeri.

Anak ikan menikam pari,
Pari ditikam tombak senangin;
Bukan sengaja saya ke mari,
Dihantar ombak ditumpu angin.

Bintang barat terbit petang,
Bintang timur terbit pagi,
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi.

Buah pauh dari permatang,
Dibawa dengan putik kelubi;
Dari jauh saya datang,
Bertemu tuan yang baik budi.

Dari Johor ke Majapahit,
Singgah berlabuh di Pulau Bentan;
Sungguh termasyhur nama yang baik,
Bertambah pula bertuah badan.

Dari jauh ke permatang,
Tetak dengan papan kemudi;
Dari jauh kami datang,
Mendengar tuan yang baik budi.

2009年10月10日星期六

Rumah Terbuka Di Taman Perling dan Tebrau

Hari ini Flower Power bersama rakan-rakan seperjuangan mengunjungi rumah terbuka PK kurikulum Pn. Fatihllah dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris iaitu Pn. Khalijah. Tempat pertama yang kami kunjung ialah rumah PK Kurikulum di Taman Perling, kami dihidangkan dengan kuih muih, rendang, laksa…. Kalau di sekolah Pn. Fathillah bagaikan Kapten kapal yang memainkan peranan dalam menentukan hala tuju sekolah ke arah kecemerlangan, di rumah beliau bagaikan seorang kakak … begitu friendly sekali.


Guru-guru sekolah bersama PK Kurikulum
Lepas itu kami pula menuju ke rumah KP Bahasa Inggeris. Wow... hebatnya suami Pn Khalijah ini kerana sebahagian daripada juadah disediakan oleh beliau.
Bagus la balik ke sekolah asal, kerana rakan-rakan guru saling tolong-menolong antara satu sama lain serta mempunyai budaya kerja yang positif. Cuma pelajar agak nakal sikit dan tiada minat untuk belajar. Flower Power anggap ini sebagai satu cabaran.




'1,2,3 BELACAN'- Teringat Prof Dato Hussein