2008年9月21日星期日

Korus Eklektik









Korus Eklektik nama ini agak pelik, dan ramai tidak dapat menyebutkannya dengan tepat. Ada yang sebut Korus Elektrik, Korus Elektik...

Korus Eklektik merupakan sebuah pertubuhan koir di Institut Perguruan Temenggung Ibrahim, Johor Bahru. Konduktornya - Encik Isa Amri, pensyarah IPTI seorang yang friendly, bersemangat, kreatif serta pandai mengubah muzik. Saya mengenali beliau di dalam sebuah Kursus Vokal yang dianjurkan oleh SM Dato' Penggawa Timur untuk guru-guru koir sekolah menengah di Johor Bahru, beliaulah penceramah dalam kursus tersebut, mulai dari itu persembahan demi persembahan, pertandingan demi pertandingan kami tempuhi bersama.

Ahli kumpulan koir ini terdiri daripada pensyarah IPTI, guru-guru sekolah menengah, sekolah rendah dan staf IPTI. Walapun masing-masing sibuk dengan tugas, namun kami begitu semangat sekali untuk membuat latihan, kadang-kala berlatih hingga lewat malam. Ini kerana kami mempunyai matlamat yang sama iaitu minat . Pada saya nyanyian adalah cara yang baik untuk hilangkan stress. Anak Sakti, Seroja, Lagu Hijau, Winter Sonata, Pahlawan, Johor Negeriku, Warisan... antara lagu-lagu yang kami pernah sembahkan.


Johan demi johan kami perolehi hingga ke peringkat negeri. Pada tahun 2007, Korus Eklektik telah memperolehi tempat kedua dalam pertandingan Lagu-lagu Patriotik di peringkat kebangsaan. Tahniah kepada Encik Isa Amri dan rakan-rakan seperjuangan kerana berjaya mengharumkan nama negeri Johor Darul Takzim.



Kini, saya berjauhan di Kuala Lumpur dan tidak dapat turut serta dalam persembahan koir, namun ia merupakan satu memori yang indah yang tidak dapat saya lupakan buat selama-lamanya.

2 条评论:

Pakwar 说...

Wow! hebatlah anda. Tahniah kerana anda dikurniakan bakat dalam seni suara yang tidak ada pada saya. Teruskan hingga anda menjadi superstar dalam seni suara mewakili kami warga guru

Jubah hitam 说...

Rupanya saudari seorg yg hebat dalam seni suara. Saudari seorang yg pendiam dlm kelas ttp berbisa rupanya. Teruskan mencipta nama lagi keperingkat kebangsaan pula