2009年10月23日星期五

*Love Song 1*

Saving All My Love For You - Whitney Houston

video

2009年10月20日星期二

Pantun

Selain mengajar di sekolah. Flower Power juga melibatkan diri dalam membantu budak-budak (dalam lingkungan umur 4 hingga 9 tahun) belajar Bahasa Melayu, antaranya berpantun.

Pantun terdiri dari banyak jenis dan bentuk. Jenis-jenisnya ialah pantun dua kerat, pantun empat kerat, pantun enam kerat, pantun lapan kerat dan pantun sepuluh kerat. Pantun yang lebih daripada empat kerat disebut juga talibun. Selain lima jenis bentuk ini, terdapat sejenis bentuk lagi yang dinamakan pantun berkait. Ada pantun yang berbentuk "nasihat", "teka-teki", "jenaka" dan juga ada sesetengahnya berbentuk "peribahasa".

Pantun digunakan secara meluas dalam kegiatan-kegiatan hidup harian dan seni budaya masyarakat Melayu lama, seperti dalam acara permainan, hiburan, majlis keramaian, adat istiadat atau upacara. Justeru itu, pantun- pantun dari segi isi atau temanya terdapat beberapa jenis. Antaranya yang penting tentang teka-teki, jenaka, kasih sayang, nasihat, budi, kepahlawanan, peribahasa, kias ibarat dan agama.

Di sini Flower Power ingin berkongsi pantun-pantun yang bakal akan saya ajar nanti. Diharap dapat juga meningkatkan tahap bahasa dalam kalangan generasi muda.

Arak-arak kelapa puan,
tidak puan kelapa bali;
Harap hati kepada tuan,
Tidak tuan siapa lagi.

Anak beruk di kayu rendang,
Turun mandi di dalam paya;
Hodoh buruk di mata orang,
Cantik manis di mata saya.

Anak ikan dimakan ikan,
Ikan berenang dalam perigi;
Hilang intan berganti intan,
Intan bernama payung negeri.

Anak ikan menikam pari,
Pari ditikam tombak senangin;
Bukan sengaja saya ke mari,
Dihantar ombak ditumpu angin.

Bintang barat terbit petang,
Bintang timur terbit pagi,
Jika tidak melarat panjang,
Ada umur ketemu lagi.

Buah pauh dari permatang,
Dibawa dengan putik kelubi;
Dari jauh saya datang,
Bertemu tuan yang baik budi.

Dari Johor ke Majapahit,
Singgah berlabuh di Pulau Bentan;
Sungguh termasyhur nama yang baik,
Bertambah pula bertuah badan.

Dari jauh ke permatang,
Tetak dengan papan kemudi;
Dari jauh kami datang,
Mendengar tuan yang baik budi.

2009年10月10日星期六

Rumah Terbuka Di Taman Perling dan Tebrau

Hari ini Flower Power bersama rakan-rakan seperjuangan mengunjungi rumah terbuka PK kurikulum Pn. Fatihllah dan Ketua Panitia Bahasa Inggeris iaitu Pn. Khalijah. Tempat pertama yang kami kunjung ialah rumah PK Kurikulum di Taman Perling, kami dihidangkan dengan kuih muih, rendang, laksa…. Kalau di sekolah Pn. Fathillah bagaikan Kapten kapal yang memainkan peranan dalam menentukan hala tuju sekolah ke arah kecemerlangan, di rumah beliau bagaikan seorang kakak … begitu friendly sekali.


Guru-guru sekolah bersama PK Kurikulum
Lepas itu kami pula menuju ke rumah KP Bahasa Inggeris. Wow... hebatnya suami Pn Khalijah ini kerana sebahagian daripada juadah disediakan oleh beliau.
Bagus la balik ke sekolah asal, kerana rakan-rakan guru saling tolong-menolong antara satu sama lain serta mempunyai budaya kerja yang positif. Cuma pelajar agak nakal sikit dan tiada minat untuk belajar. Flower Power anggap ini sebagai satu cabaran.




'1,2,3 BELACAN'- Teringat Prof Dato Hussein







2009年8月12日星期三

My Convocation 2009







11 Ogos 2009 (Rabu) tarikh yang begitu bermakna buatku, setelah setahun menuntut di IPK tibalah hari yang dinanti-nantikan.

Memang tidak begitu bersedia dengan Majlis Konvokesyen ini, ini kerana setelah melaporkan diri di sekolah pada 3 Julai mulalah sibuk dengan tugasan sebagai seorang guru. Tambahan Dr. Chua perlu saya translatekan disertasi saya dalam Bahasa Inggeris untuk dihantar pada 11 Ogos, jadi setiap malam terpaksalah bermesra dengan kajian saya. Sehinggalah 10 Ogos barulah saya sempat membeli sepasang baju dan kasut yang sesuai untuk konvo saya.

Terima kasih kepada kawan-kawan ku;

En Ajehe, terima kasih yang tidak terhingga kerana mengambil jubah untuk saya, malahan gambar konvo dan sebagainya. Jasamu dikenang. Harap satu hari nanti sampailah giliran saya untuk membalas jasa baik mu.

Juga kepada En Nasir yang sudi mengumpul disertasi kami. Tanpa beliau kami memang tidak dapat RM 1500 itu. Anda akan mendapat pahala atas segala bantuan yang diberi.

Terima kasih kepada Shidah atas nasihat beliau Flower Power telah memakai kasut yang sesuai, boleh berjalan dengan penuh berkeyakinan... tambahan orang yang last naik pentas mestilah slow n steadily.

TQ Siti kerana dalam masa yang begitu suntuk masih tolong Flower Power memakai jubah... Thanks for everything sis.

Kali ini agak kejar masanya untuk balik ke JB hanya sempat mengambil beberapa keping gambar sahaja. Ini kerana H1N1 agak serius di daerah saya, ramai guru yang mengambil MC, jadi Flower Power memang tidak begitu digalakkan untuk mengambil cuti rehat khas yang lama. Maaf kepada kawan-kawan kerana Flower Power tidak dapat hadir bersama dalam Majlis Graduasi Kohort 9. Tapi bagus juga sebagai memberi peluang kepada kawan-kawan untuk naik pentas dan menyanyi. Nasihat saya Pengetua mesti tahu menyanyi. Heeee.....

Terima kasih kepada semua, semoga kawan-kawan berjaya dalam hidup. Jumpa lagi...




TQ Siti
Tanpa sokongan anda, saya tidak mungkin menjejak langkahku di UM
TQ




2009年7月18日星期六

Gerhana Matahari 22 Julai 2009


Fenomena gerhana matahari adalah suatu fenomena yang jarang-jarang berlaku iaitu satu kali atau dua kali dalam satu tahun kalendar. Gerhana matahari terbahagi kepada 4 jenis, iaitu gerhana penuh, gerhana annulus, gerhana hibrid dan gerhana separa. Gerhana separa merujuk peringkat awal atau akhir suatu gerhana matahari, atau bahagian bumi yang masih dapat melihat gerhana, tetapi tidak akan dapat melihat gerhana matahari fasa penuh atau cincin.Gerhana penuh matahari pada 22 Julai 2009 nanti merupakan gerhana yang paling lama untuk abad ke 21.
Bill Kramer dalam laman webnya menyebut:"The eclipse passes over the Chinese cities of Chengdu, Suining, Chonging, Wuhan, Xiaogan, Hangzhou, and Shanghai by which time the duration of the eclipse is over five minutes of totality. Leaving Shanghai the path continues into the ocean encountering islands such as Toshima and Akusaki south of Japan and eventually the Marshall islands.The maximum eclipse duration of 6 minutes and 43 seconds occurs far off the coast in the Pacific Ocean.".
Bagi penduduk di Malaysia, mereka hanya berpeluang menyaksikan gerhana tersebut dalam fasa separa dalam peratus maksimum yang kecil antara 3% hingga 18% sahaja dari kebanyakan bandar-bandar utama di Malaysia.


Pastikan anda mengetahui cara selamat melihat gerhana matahari, seperti berikut:
1. Menggunakan penebat (penapis) alpha-hydrogen
2. Menggunakan penebat aluminium mylar
3. Menggunakan filem hitam putih (monokrom) yang telah didedahkan kepada cahaya dan telah diproses. Filem yang telah terdedah dan diproses akan menghasilkan lapisan perak yang melindungi mata daripada bahaya cahaya matahari.
4. Menggunakan kaca penebat (glass-filter) yang khusus untuk matahari
5. Menggunakan kaedah projection seperti lakaran di bawah. Teleskop atau binokular dengan tripod lebih sesuai digunakan.
6. Menggunakan kamera lubang jarum
7. Memerhatikan bayang matahari pada tanah yang melalui celah celah dahan pokok. Boleh juga memerhatikan cahaya matahari yang melalui lubang kecil pada atap rumah anda yang menyinari lantai atau dinding rumah. Perhatikan cahaya pada lantai atau dinding tersebut.
Anda mungkin temui sesuatu yang menarik.

2009年7月6日星期一

TQ Shimah

Lega hari ini kerana Flower Power menerima Laporan Projek Penyelidikan. Wow... ada kesilapan yang perlu diperbetulkan sebelum binding. Pembaca pertama dan kedua memang hebat la, baca dengan begitu detail sekali. Memang berterima kasih kepada pensyarah yang telah sudi membaca dan memberi komen yang membina.

Tidak lupa berterima kasih kepada Shimah, beliaulah yang mengirim Laporan Projek Penyelidikan kepada Flower Power. Jasamu dikenang Shimah...




Selamat kembali ke pangkuan ku...

2009年7月4日星期六

Kualiti Vs Kuantiti

Sudah dua tahun merantau demi menuntut ilmu. Memang bukan senang untuk melanjutkan pelajaran apabila telah berumah tangga. Namun atas sokongan suami tercinta, ibu serta mak mertua... Flower Power berjaya menembusi segala cabaran dan rintangan.

Rasa terhutang budi terutamanya kepada kedua orang anak saya. Walaupun setiap hujung minggu Flower Power akan balik ke Johor Bahru namun kebanyakan masanya Flower Power hanya sibuk menyiapkan assignment sahaja. Masalah di atas dapat juga diatasi kerana saya percaya kualiti masa lebih penting daripada kuantiti masa, Flower Power mengambil peluang menghantar anak pergi ke tuisyen untuk berbual dengan mereka masalah yang dihadapi oleh mereka di sekolah...; menjelang Hari Guru Flower Power bersama anak memilih hadiah kepada guru mereka, inilah masanya untuk menanam nilai menghormati guru; bersama anak membuat projek kemahiran hidupnya (seperti Dr Chua) walaupun keesokkan hari kertas Datin akan saya hadapi...

Kini sudah tamat pengajian, Flower Power dapat bermesra dengan anak-anak ku.

Hari ini hari Sabtu, awal pagi lagi Flower Power telah pergi ke rumah mak membawa kedua orang anak saudara dan kedua orang anak menonton wayang di Jusco Tebrau. Ramai pulak di panggung wayang kerana menonton Transformer. Tak ramai yang menonton Ice Age 3. Memang seronok menonton wayang bersama anak.







Anak-anak adalah harta yang paling berharga berbanding segala harta lainnya di dunia ini...Moga kita semua dapat menguruskan masa kita dengan sebijaknya.