2008年10月16日星期四

Temasya di Bilik Seminar 1

Pada 13 Oktober, kelas kami telah mengadakan satu jamuan Hari Raya Aidil Fitri di bilik seminar 1, IPK UM.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah IPK, Pensyarah-pensyarah, staf pentadbiran, Unit Keselamatan Kampus Kota UM dan para peserta Sarjana Kepengetuaan Kohort 9 2008. Pelbagai juadah disediakan oleh para peserta antaranya lemang, me goreng, rendang ayam, rendang daging Sarawak, kuah kacang, laksa Johor, nasi manis atau wajik, tapai, biskut raya, kuih muih tempatan...

Inilah masanya juga untuk beramah mesra dengan para pensyarah sambil menikmati hidangan yang lazat.

Tidak lupa juga 13 Oktober merupakan harijadi Prof Zulkifli A. Manaf, pihak pentadbir IPK telah menyediakan kek harijadi untuk beliau. Semoga beliau sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dan sentiasa gembira .

"Happy Birthday to you, ...."
Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah (Prof. Dr Datin Rahimah ) dan pensyarah IPK, UM.
"Mmmm... nak makan yang mana satu dulu?"

Ucapan pengerusi majlis

"Mmmm...... sedapnya kuih raya."

" Sekarang musim hujan, laut bergelora, kasihan nelayan-nelayan."
" Well, nak buat kaedah kualitatif, mula-mula u mesti..."

Terima kasih kepada Kak Finaz, kuah kacang anda sungguh sedap.
Torn among the roses

2 条评论:

Pakwar 说...

semakin hari semakin terasa kemesraan terjalin, suasana indah dengan riang ria gelak ketawa penawar tekanan. Ingatkan orang dewasa belajar sangat hambar , rupanya lagi berumur lagi sukahati.
Ini semua kerana adanya puan dan juga saya dan juga semua kita.

Bila balik kondo, buka tv, rasa sedih, berita laga-laga kaum setiap hari.Baik tutup dan baca blog, boleh tambah ilmu, tambah kawan dan yang penting relaks jiwa. betultak

Mebius 说...

'BUNGA BERKUASA' bukan sahaja respect kepada kaum dan agama lain tapi jua wa tengok menjalinkan hubungan penuh muhibbah dengan rakan-rakan dari kaum lain. Itu semangat Malaysia bahkan pekerti mulia manusia.Wa percaya sebagai Guru sejarah 'BUNGA BERKUASA'pasti menerapkan unsur-unsur patriotik dan semangat muhibbah kepada anak didik. Syabas 'BUNGA BERKUASA'..teruskan usaha murni anda..