2008年10月23日星期四

Rumah Terbuka Di Bangsar dan PJ

Hari ini kebanyakan rakan-rakan sekelas tidak bersarapan kerana selepas kelas Dr Chua, kami sekelas akan bergegas ke dua buah rumah terbuka.


Tempat pertama yang kami kunjung ialah rumah Prof. Datin Rahimah di Bangsar, kami dihidangkan dengan kuih muih, nasi dagang, laksam…. Kalau di IPK Prof. Datin Rahimah seorang pengarah, di kelas beliau seorang pensyarah tetapi di rumah beliau bagaikan seorang ibu… begitu friendly sekali.

Prof Datin Rahimah bersama ' boy power'


Prof. Datin bersama 'girl power'


Setelah memenuhkan perut kami sebanyak 80%, kami ke destinasi yang seterusnya iaitu rumah Prof. Datuk Hussein.


Inilah kali pertama kami mengunjungi rumah Prof Dato Hussein, sambil berjalan menuju kepadanya, mata kami mengerling pada tembok di tepi pintu masuknya rumahnya, terletak satu plet yang memaparkan ‘Pondok Tok Dad- Tok Mi’, yang pasti adalah nama yang diberikan pada rumah itu. Apabila ditanya apa ertinya beliau tersenyum menerangkan nama itu ada kaitan dengan beliau dan isteri. Dialah datuk dan juga bapa (daddy), sementara bagi isterinya, dialah datuk dan dia juga ibu (mummy). Berpadanan sungguh rumahnya di Kampung Tunku itu diberikannya nama akronim menggabungkan singkatan panggilan Prof. Datuk oleh cucu-cucunya dan singkatan panggilan Daddy dan Mummy, oleh anak-anaknya.



Prof. Datuk Hussein bersama peserta IPK



Di rumah Prof. Datuk , pelbagai juadah terhidang antaranya sate, nasi himpit, lemang, dan banyak lagi. Sekali lagi kawan-kawan tidak dapat mengawal diri dan makan dengan sekenyang-kenyangnya. Ada di antara kami yang mula risau kerana habislah diet kami dan terpaksa control makanan untuk lima hari yang berikutnya. Di samping makan, kami bagaikan pelancong mengambil gambar di sini sana, sehinggalah terlupa bergambar bersama dengan tuan rumah.


Terima kasih kepada Prof Datin Rahimah dan Prof Datuk Hussein kerana bersusah payah menyediakan pelbagai juadah untuk anak muridnya. Semoga Prof. Datin Rahimah dan Prof. Datuk Hussein dipanjangkan umur .


Kepada kawan-kawan selamat belajar dan jumpa lagi pada 3 November .



2008年10月16日星期四

Kepada En. All Black

Kisah hari ini berkaitan dengan salah seorang rakan saya dari IPK, UM. Beliau datang dari negeri Pahang, seorang pendiam tetapi diam-diam ubi berisi. Pakar dalam komputer dan daripada maklumat yang diberikan oleh BD and the gang beliau pandai memasak, tahniah.

Beliau seorang guru sejarah yang berdedikasi dan kuat semangat nasionalisme. Laman web beliau kebelakangan ini ada menulis mengenai tajuk tamadun yang saya berpendapat ia amat sesuai untuk dibaca oleh semua pelajar yang bakal menghadapi peperiksaan SPM.
Terima kasih kepada En All Black yang memberi pandangan yang membina kepada blog saya. Saya akan terus berusaha menulis lebih banyak topiks yang menarik di blog saya ini.

Black + White = Us




copy right by Vincent P. Magombe


"BLACK + WHITE = US" (By Vincent P. Magombe, London: Dec. 1992 - Feb. 1993)


This poem is written at a time when racial hatred is growing in Europe, and many black people are fearful that a new iron curtain is being built to separate white from black! But, significantly, too, the author started writing the poem on the day he himself was attacked by a racist gang at the doorsteps of his own home in South London! The name 'Clarke', which appears in this poem has nothing to do with the prominent British politician and Home Secretary at the time of writing. It is just one of those poetic European names, that surprisingly rhymes wonderfully with the word 'Black'.



You are white, and I am black...
So what, eeeh Monsieur Clarke!
We all cry, when we are sad!
And laugh, when we are glad!
When angry, Oooh, we are mad!
And at times, how we are bad!
We love... we want... we aspire!
And at times, Oooh, we conspire!
Tricking friend and foe alike!
With tricks... we all dislike!
I am black, and you are white!
It is no secret to hold tight!
We came of apes, so we are told!
Warm of blood, and not too cold!
We are young, before we are old!
Can be hairy, and can be bold!
We can cough, or catch a cold!
Can lose our life in one fold!
So hey, ya brother, what do you say!
We wona breathe... and we wona stay!
You are white, and I am black...
So what, eeeh Monsieur Clarke!

Temasya di Bilik Seminar 1

Pada 13 Oktober, kelas kami telah mengadakan satu jamuan Hari Raya Aidil Fitri di bilik seminar 1, IPK UM.

Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah IPK, Pensyarah-pensyarah, staf pentadbiran, Unit Keselamatan Kampus Kota UM dan para peserta Sarjana Kepengetuaan Kohort 9 2008. Pelbagai juadah disediakan oleh para peserta antaranya lemang, me goreng, rendang ayam, rendang daging Sarawak, kuah kacang, laksa Johor, nasi manis atau wajik, tapai, biskut raya, kuih muih tempatan...

Inilah masanya juga untuk beramah mesra dengan para pensyarah sambil menikmati hidangan yang lazat.

Tidak lupa juga 13 Oktober merupakan harijadi Prof Zulkifli A. Manaf, pihak pentadbir IPK telah menyediakan kek harijadi untuk beliau. Semoga beliau sentiasa dalam keadaan sihat walafiat, dimurahkan rezeki dan dipanjangkan umur dan sentiasa gembira .

"Happy Birthday to you, ...."
Majlis diserikan dengan kehadiran Pengarah (Prof. Dr Datin Rahimah ) dan pensyarah IPK, UM.
"Mmmm... nak makan yang mana satu dulu?"

Ucapan pengerusi majlis

"Mmmm...... sedapnya kuih raya."

" Sekarang musim hujan, laut bergelora, kasihan nelayan-nelayan."
" Well, nak buat kaedah kualitatif, mula-mula u mesti..."

Terima kasih kepada Kak Finaz, kuah kacang anda sungguh sedap.
Torn among the roses

2008年10月14日星期二

Stop smoking start living

Here are some information that I would like to share with my friends;
Scientists estimate that cigarettes are more addictive than cocaine, heroin, or alcohol. According to the World Health Organization, smoking kills more people than any disease in the world. With all this information readily available, why do people continue to smoke?
Most people who smoke do so because they can't stop. Nicotine is a highly addictive substance that makes people feel energized and alert. Smokers get a rush after a cigarette, and giving up produces withdrawal symptoms that include difficulties of sleeping and cravings. Seventy percent of people who quit smoking eventually start again.

Tobacco advertisements have become the biggest influence for smokers. For years, the industry has focused on making smoking glamorous through advertisement in movies, television, and billboards. While cigarette advertising is now controlled, its influence can still be felt in the form of free samples, smoking cartoons, and the promise of cool merchandise that can be obtained in exchange for coupons printed on cigarette packs. Many people claim that smoking keeps them thin, but the truth is that smoking reduces the sense of taste, so many people who smoke simply eat less because they don't enjoy food as much.



Smoking also produces psychological dependency. Many people smoke because it helps them relax and cope with difficult situations, or because it gives them confidence. Others smoke when they feel bored. Smoking produces a feeling of satisfaction that's difficult to give up. Finally, people who smoke are usually in denial – they know that smoking is bad, but they convince themselves it's simply "not as terrible as they make it sound."

Smoking is a social activity as well. Many people who smoke do so as a way to start conversations and interact at parties or in crowded places. This is known as "social smoking," and it usually involves alcohol as a complement.

Please click the button to get more information about the effects of smoking.

video

video

Smoking harms nearly every part of your organs. To all my friends, after reading this blog, I hope you open your heart to stop smoking - just think about your family and your beloved.

2008年10月8日星期三

Forgive and Forget

Forgiving is notoriously difficult, most of us find forgetting nearly impossible . But the benefits of forgiving and 'forgetting' can be powerful.


Forgiveness, however, may bring enormous benefits to the person who gives that gift, according to recent research. If you can bring yourself to forgive and forget, you are likely to enjoy lower blood pressure, a stronger immune system, and a drop in the stress hormones circulating in your blood, stomach problems, back pain, and headaches… may disappear. And you'll reduce the anger, bitterness, resentment, depression, and other negative emotions that accompany the failure to forgive. You will look younger and less wringkle.
So, to all my friends. Starting today try to just forgive and forget the people who have hurt you.

2008年10月3日星期五

5 Oktober 2008

Sesungguhnya masa berlalu dengan begitu cepat sekali, cuti yang selama sepuluh hari hampir nak tamat. Saya pasti rakan-rakan sekelas mesti menyambut Hari Raya Aidilfitri dengan penuh meriah sekali. Menziarahi rumah sanak saudara dan kawan, memasak rendang, makan dengan sepuas-puasnya...

Lau dan Beritin pula mesti membawa isteri dan anak pergi shopping, di samping study hard untuk menghadapi peperiksaan yang bakal dihadapi pada 3 November.

Saya pula, sibuk buat assignment Dr Sathia. Siap memikirkan apakah fungsi pentaksiran?; Sejauhmanakah ia dilaksanakan di sekolah?; Sebagai bakal pemimpin kurikulum, apakah rancangan dan tindakan untuk menambahbaikan sistem pentaksiran pembelajaran?; 10 amalan pengajaran yang bermakna dan berkesan berasaskan pengalaman saya sebagai guru yang baik.

Di samping sibuk buat assignment Vivian juga tidak abaikan suami dan anak yang tercinta, inilah masanya untuk bersama mereka menonton wayang, memasak masakan yang mereka gemari... memang tidak sampai hati nak tinggalkan mereka .

Namun, tanggungjawab sebagai student IPK tetap perlu kami tunaikan. Semoga kawan-kawan sudah bersiap sedia untuk balik ke IPK dengan semangat baru. Jumpa lagi pada 5 Oktober 2008 .