Kalau bukan anda, saya tidak mungkin menjejak langkah ke IPK...
Masih ingat tragedi July 2007, bapa kesayangan anda telah meninggal dunia dalam satu kemalangan jalanraya dan ibu pula cedera parah .Pada masa yang sama, saya menerima tawaran daripada IAB untuk Kursus NPQH. Saya memberitahu anda, saya tidak akan menerima tawaran itu, kerana pada saat-saat sebegini saya perlu berada disisi mu untuk menemani anda menembusi segala dugaan dalam hidup. Diluar jangkaan saya, anda menasihatkan saya supaya teruskan pengajian. Cita-cita anda adalah melihat saya berjaya dalam hidup. Tersentuh hatiku...
Terima kasih kerana menjaga Yi En dan Yi Zheng dengan baik dan mendidik mereka; membuat segala kerja rumah; menziarahi mama dan papa saya... anda suami yang paling baik di dunia. Saya tidak membenarkan sesiapapun yang mencelakan nama baikmu sehingga berani membantah pandangan seorang pensyarah berkaitan dengan isu " semua lelaki akan melakukan curang terhadap isteri mereka jika diberikan peluang".
Masih ada 10 bulan lagi , tamatlah pengajian saya. Sarjana Kepengetuaan yang bakal saya perolehi bukan usaha saya seorang, termasuklah galakkan dan sokongan yang diberikan oleh anda.
Terimakasih sekali lagi kepada Perkira Ku- En Lee Kim Seng.
2 条评论:
Syabas!! pasangan ideal, bagai pinang dibelah 2
Saya kagumi anda dan pasangan anda kerana jauh melangkaui teori gestalt (here and now). Semangat anda dan keyakinan pasangan anda menjadikan anda loving couple dan saya percaya you are on the right track
发表评论