2008年9月21日星期日

Kemeriahan Raya

Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Kaum Melayu, Cina, India dan kumpulan etnik yang lain hidup bersama dengan aman dan sentosa.

Walaupun saya berbangsa Cina, namun saya tetap merasa kemeriahan raya. Hampir setiap hari saya bersama rakan-rakan akan menziarahi Bazaar Ramadhan di Segambut untuk membeli makanan dan minuman bagi berbuka puasa. Di pusat membeli-belah pula, baju kurung, kasut, kuih-muih, tudung, telekung... dijual dengan harga yang berpatutan. Inilah masa untuk shoping, shoping, shoping. Yang paling hebat sekali adalah hampir setiap hari saya dengan Azura akan menaiki LRT dari Station PWTC ke Station Plaza Rakyat untuk menanyakan bilakah tiket raya mula dijual. Memang risau tidak dapat balik ke kampung. Akhirnya atas usaha kami berdua, tiket raya telah berjaya kami belikan.

Akhirnya, saya berharap rakan-rakan telah juga berjaya membeli tiket bus, tiket kapal terbang, telah service kereta, top up minyak... dan memandu dengan berhati-hati semasa di jalan raya. Jangan lupa belikanlah sesuatu yang istimewa untuk orang yang tersayang di kampung, yang sedang menunggu anda bersama-sama meraikan Hari Raya Aidil Fitri.



2 条评论:

Pakwar 说...

Saya rasa bangga kerana saudari dapat bersama- sama merasai keseronokan yang diraikan oleh rakan- rakan muslim dan inilah penghayatan yang perlu ada pada setiap warga malaysia yang berbilang kaum. Namun saya hairan, mengapa masih ada pihak yang masih sangsi dengan hubungan antara kaum sehingga sentiasa mengeluarkan pandangan yang sinis antara satu sama lain. Sbg guru, ini adalah cabaran yang besar untuk kita supaya dapat ditanamkan di dalam jiwa pelajar supaya mereka akan menjadi warganegara Malaysia yang baik. Saya mempunyai hasrat yang tinggi untuk melihat malaysia akan terbina untuk 50 tahun seterusnya sebagai sebuah negara yang akan maju tanpa ada diskriminasi pada mana-mana kaum yang mewakili negara kita, Malaysia. Untuk pengetahuan saudari , umat islam tidak boleh menyambut perayaan agama lain tetapi kita masih boleh bersama menyambut tahun baru cina. Inilah indahnya Malaysia. Allah menjadikan kita berbagai kaum untuk saling kenal mengenal dan menghormati adat dan budaya kaum lain.

Jubah hitam 说...

Tahniah saudari dapat tiket utk balik kg sempena raye puasa. Lepas ni kita tunggu tahun baru pula. Jika ada kuih dari rumah bawak la utk kami di AG2 ni