Sejak blog ini dibuka mulai 12 September 2008, saya selalu menerima komen daripada 2 orang pembaca setia iaitu Pakwar dan Jubah Hitam. Galakkan dan dorongan yang diberi oleh mereka menyebabkan saya terus berusaha untuk menulis dengan lebah kerap lagi.
Terima kasih kepada Pakwar yang selalu memberi tunjukajar kepada saya, beliau salah seorang yang paling hebat di dalam kelas . Pandai berhujah, pandai memberi pandangan yang bernas, cekap dalam IT, bertanggungjawab... Jadi tidak hairanlah beliau dilantik sebagai Tok Penghulu di dalam kelas kita. Yang paling penting beliau tidak kedekut ilmu, jika tidak memahami sesuatu di dalam kelas, orang pertama yang terpapar dalam otak saya adalah Pakwar. Bila mendengar beliau menerangkan Supervision And Instructional Leadership: A Development Approach, bagaikan Glickman berdiri di hadapan saya. Saya percaya beliau akan menjadi seorang SuperStar di arena pendidikan satu hari nanti.
Jubah Hitam. Pada pandangan saya, nama samaran ini tidak begitu sesuai dengan rupa paras tuannya- En A. En A, seorang yang pendiam di dalam kelas tetapi diam-diam ubi berisi; Cool dan steady; baik hati; jujur dan ikhlas serta mempunyai senyuman yang manis sekali . Cuma satu nasihat hendak diberi, jangan terlampau lewat tidur kerana membuat assignment atau membaca blog sehingga mengamalkan tidurisme dan memakai 'cermin mata kulit' di dalam kelas .
Setakat ini sahajalah untuk hari ini, jika ada silap dan salah, ku susun sepuluh jari memohon ampun dan maaf. Sempena di bulan mulia ini diharapkan persahabatan lebih kukuh terjalin dan erat sehingga ke akhir hayat.
2 条评论:
Saya bukanlah orangnya untuk menerima kata-kata begitu tapi bila mengingatkan kata-kata datin 'jgn fikir apa yang kita ... , tapi fikirlah apa orang katakan tentang diri kita' maka saya anggap apa yang dikongsikan dgn saudari vivianwoo adalah satu proses kembangtumbuh utk diri saya tetapi pada masa yg sama turut membajai orang lain, saya hargai kejujuran dan ketekunan yg saya perlu pelajari daripada saudari.
Saya mungkin mempunyai pandangan tetapi yg penting saudari mempunyai ketabahan yang mana kalau digabungkan akan menghasilkan istana yang berdiri megah dipuncak - see you at the top
keep on writing and your brain cells will grow bigger and bigger.
Jubah hitam menerima nasihat yang baik dari pn. Lepas ini akan mengurangkan aktiviti bermain internet agar dapat menumpukan perhatian dalam kelas. Akan mengikuti jejak pakwar
发表评论