Tempat pertama yang kami kunjung ialah rumah Prof. Datin Rahimah di Bangsar, kami dihidangkan dengan kuih muih, nasi dagang, laksam…. Kalau di IPK Prof. Datin Rahimah seorang pengarah, di kelas beliau seorang pensyarah tetapi di rumah beliau bagaikan seorang ibu… begitu friendly sekali.
Prof Datin Rahimah bersama ' boy power'
Prof. Datin bersama 'girl power'
Setelah memenuhkan perut kami sebanyak 80%, kami ke destinasi yang seterusnya iaitu rumah Prof. Datuk Hussein.
Di rumah Prof. Datuk , pelbagai juadah terhidang antaranya sate, nasi himpit, lemang, dan banyak lagi. Sekali lagi kawan-kawan tidak dapat mengawal diri dan makan dengan sekenyang-kenyangnya. Ada di antara kami yang mula risau kerana habislah diet kami dan terpaksa control makanan untuk lima hari yang berikutnya. Di samping makan, kami bagaikan pelancong mengambil gambar di sini sana, sehinggalah terlupa bergambar bersama dengan tuan rumah.
Terima kasih kepada Prof Datin Rahimah dan Prof Datuk Hussein kerana bersusah payah menyediakan pelbagai juadah untuk anak muridnya. Semoga Prof. Datin Rahimah dan Prof. Datuk Hussein dipanjangkan umur .
Kepada kawan-kawan selamat belajar dan jumpa lagi pada 3 November .