
Malaysia sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai bangsa dan budaya. Kaum Melayu, Cina, India dan kumpulan etnik yang lain hidup bersama dengan aman dan sentosa.
Walaupun saya berbangsa Cina, namun saya tetap merasa kemeriahan raya. Hampir setiap hari saya bersama rakan-rakan akan menziarahi Bazaar Ramadhan di Segambut untuk membeli makanan dan minuman bagi berbuka puasa. Di pusat membeli-belah pula, baju kurung, kasut, kuih-muih, tudung, telekung... dijual dengan harga yang berpatutan. Inilah masa untuk
shoping, shoping, shoping. Yang
paling hebat sekali adalah hampir setiap hari saya dengan Azura akan menaiki LRT dari Station PWTC ke Station Plaza Rakyat untuk menanyakan bilakah tiket raya mula dijual. Memang risau tidak dapat balik ke kampung. Akhirnya atas usaha kami berdua, tiket raya telah berjaya kami belikan.
Akhirnya, saya berharap rakan-rakan telah juga berjaya membeli tiket bus, tiket kapal terbang, telah service kereta, top up minyak... dan memandu dengan berhati-hati semasa di jalan raya. Jangan lupa belikanlah sesuatu yang istimewa untuk orang yang tersayang di kampung, yang sedang menunggu anda bersama-sama meraikan Hari Raya Aidil Fitri.