2009年6月25日星期四

Image baru Mprinc

Setelah balik dari Indonesia, hidup Flower Power hanya bersama kajian Instructional Leadership sahaja, telah hantar laporan kajian beberapa hari yang lepas, walau pun tak sehebat kawan-kawan yang lain, tetapi Flower Power berpendapat itulah hasil titik peluh ku.

Selepas berehat beberapa hari dan setelah sekian lama mengoptimakan penggunaan otak kiri ku, Flower Power mula mengoperasikan otak kanan pula, mula mengimaginasikan apakah image baru Flower Power selepas ini, supaya dapat memaparkan ciri-ciri profesionalisme Mprinc. Heeeee.....




Rasa-rasa nak potong rambut Flower Power, rambut pendek nampak lebih kemas, ia melambangkan kerajinan dan keupayaan...


Memakai baju kurung akan nampak kemas dan bergaya...


Memakai cermin mata akan nampak educated sikit....


Tidak boleh pakai kasut bertumit tinggi, ini kerana Flower Power nak amalkan Management By Walking Around, visibility, nak kejar budak... nak menyelia guru... nak buat analisis SWOT...


Itulah, antara image baru Mprinc yang Flower Power mampu fikir setakat ini, mungkin ada idea baru lagi.... Bagaimanapun, image tetap image. Kalau kita tidak betul-betul melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab dan berdedikasi, pengetua sekolah, guru-guru, murid-murid... tetap tidak akan menghormati kita.
So, Mprinc selain sifat luaran yang melambangkan profesionalisme, yang paling penting memantapkan diri kita dengan pelbagai ilmu dan mengaplikasikannya di sekolah yang bakal kami tempatkan.   



3 条评论:

Yati Wahab 说...

kalu dah rambut merah nanti cikgu ingat mprinc balik dari oversea...

satu lagi cadangan cari kasut yang ada roller senang nak kejar budak...he..he.

Pakwar 说...

First impression adalah penting tetapi mengekalkannya lagi penting.. buatlah sesuatu dalam jangkauan. Jangan terlebih nanti sukar untuk dipertahankan

abgjan.com 说...

Tak sabar nak tengok Flower Power dgn imej baru Mprinc