zzzzzz........
Hari ini, Flower Power ke IPK untuk berjumpa dengan penyelia mengenai bab 4.
Seperti biasa Flower Power menaiki bas dari Johor Bahru pada pukul 12 a.m. dan sampai ke Stesen Bus Pudu Raya pada pukul 4.30a.m. Biasanya Flower Power akan menggunakan masa itu untuk mengulangkaji pelajaran sampailah pukul 6 a.m barulah ke Plaza Rakyat untuk naik LRT ke PWTC.... cerita belum tamat lagi, lepas itu berjalan kaki selama 20 minit dari stesen LRT PWTC ke Open Universiti ....
Tetapi tidak tahu mengapa rasa kesunyian dan kesepian yang teramat sangat apabila masuk ke Bilik Seminar 2 kami.... Keadaan ini mungkin disebabkan kursus kami dah nak tamat tak lama lagi... Sebelum ini perasaan ini tidak begitu kuat dirasakan. Ini kerana Flower Power tahu kelas akan menjadi riuh rendah pada pukul 9a.m. tetapi... suasana seperti ini, rasa-rasanya tiada lagi. Teringin menyanyikan lagu Yesterday Once More...
Belajar di IPK adalah sangat menyeronokkan walaupun penuh dengan kerta projek, banyak ilmu diperolehi dan yang penting berpeluang mengenali kawan-kawan dari seluruh pelosok Malaysia. 'Sharing & Caring' antara satu sama lain... selain itu kami mempunyai seorang Tok Penghulu En Ajehe yang begitu aktif dan sporting yang mampu membawa kejelekitan yang kuat dalam kalangan pelajar di kelas ini.
Bersyukurlah dengan apa yang ada dengan ahli keluarga, dengan kawan, dengan anak murid....
2 条评论:
Nampaknya flower power hanya mengingati en. ajehe sahaja, Adakah flower power sudah melupai en. jubah hitam?
IPK tidak hebat tanpa jiwa didalamnya, BS 2 tiada erti tanpa jiwa di dalamnya. Kehebatan rupanya bukan pada bangunan, tetapi daripada ilmu yang dimiliki dan dikongsi oleh manusia di dalamnya
发表评论