3 Julai 2009 hari yang penting kerana Flower Power melaporkan diri semula ke sekolah.
Sudah dua tahun tidak mengajar, semalam Flower Power agak tension sehingga tidak dapat tidur nyenyak. Risau juga kerana memikirkan adakah kehadiran saya dapat diterima baik? Adakah terdapat guru yang merasakan dirinya terancam?
Flower Power mengingatkan diri mesti merendahkan diri, bertegur sapa dengan kawan... be confidence...
Pagi-pagi lagi, Flower Power telah bersiap sedia ke sekolah, mujurlah kehadiran saya diterima baik. Guru-guru masih mesra seperti biasa. Pelajar masih kenali saya dan berharap Flower Power dapat mengajar mereka.... Kebetulan penyelia petang sekolah saya bersara semalam, semua tanya pasal "Flower Power akan memegang jawatan Penyelia Petang"... puas saya menjelaskannya...
Terima kasih kepada Pn Balwinder Kaur, Pengetua SMK Sri Tebrau kerana menerima kehadiran saya, kepada guru-guru masih banyak juga Flower Power perlu belajar daripada mereka setelah 2 tahun tidak terlibat dengan pengajaran dan pembelajaran.
Flower Power akan membuat perancangan strategi dan mencadangkannya kepada Pengetua serta pentadbir sekolah, agar dapat merancangkan dan melaksanakan program penambahbaikan kepada sekolah ini.
Inilah pelajar Media saya...
Sama seperti biasa, adalah gambar berwatak. Teringat kawan-kawan ku di IPK...
Kepada kawan-kawan yang telah melaporkan diri pada hari ini, selamat bertugas dan kepada yang belum, All the best and take care...
3 条评论:
Sekarang tumpuan kita adalah mengikut YXGA 6105, 6107 dan 6108.
All the best flower power...
Mudahan flower power akan jadi pemimpin di sekolah itu, tak kiralah sama ada pemimpin kecil atau besar di situ.
发表评论