2009年5月17日星期日

Movie Maker Ke Jogja & Solo

Di samping sibuk membuat disertasi, saya tidak lupakan hobby saya iaitu membuat movie maker. Membuat movie maker sememangnya mengambil masa yang lama dari memilih gambar ke memilih muzik yang sesuai. Setakat ini saya telah berjaya membuat Movie Maker bagi kelas kami untuk ' Sweet Memories Di IAB & IPK' dan ' Mulanya Di Sini'.
Dalam proses memilih gambar foto beberapa perkara perlu dipertimbangkan. Saya mesti mengenalpasti muka setiap kawan-kawan dapat muncul di dalam movie. JANGAN hanya tumpu kepada seorang dua sahaja (saya berharap saya dapat bertindak dengan adil. TAPI kadang-kala agak sukar, contohnya En. Abu yang suka tiba-tiba muncul dalam camera jadi kebarangkalian untuk beliau masuk movie adalah lebih besar; semasa ambil gambar ada kawan-kawan tercicir kerana ke kamal kecil atau tidak suka ambil gambar atau selalu memakai 'cermin mata kulit'... Heee ). Pastikan muka kawan-kawan adalah paling perfect, handsome, cantik ... sahaja dipilih (maksudnya tiada yang terngangga atau tertutup mata). Terima kasih kepada kawan-kawan kerana membekalkan gambar foto kepada saya .
Saya berharap tidak lama lagi movie saya dapat siap dan hadiahkan kepada kawan-kawan setiap satu. (tapi ia agak tak lengkap kerana tiada muka kawan-kawan kita seperti Siro, Siti dan J).
Gambar kenang-kenangan antara Rombongan Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya dengan Kepala Sekolah SMA Negeri 3 Jogjakarta


Gambar kenang-kenangan antara Rombongan Institut Pengajian Kepengetuaan, Universiti Malaya dengan Wakil dari Universiti Gadjah Mada



Tabib kepada semua kerana berjaya menjejak langkah ke puncak Candi Borobudor



"1, 2, 3 BELACAN"

"Shopping, shopping, shopping..."



"Selamat harijadi...Prof Dato Hussein"

Lawatan sambil belajar selama 5 hari 4 malam di Jogjakarta, Indonesia. Iaitu seramai 3 orang pensyarah pengiring, seorang staf sokongan serta 23 orang pelajar Institut Pengajian Kepengetuaan telah mencapai kejayaan dan menepati objektif yang telah ditetapkan, iaitu memberi peluang kepada peserta program untuk menimba pengetahuan dan pengalaman dalam pengurusan pendidikan di negara yang dilawati; mengenal pasti kekuatan pengurusan pendidikan yang dilaksanakan di institusi pendidikan di negara yang dilawati; mendalami dan berkongsi pengalaman bersama pengurusan sekolah yang dilawati; mencadangkan dapatan hasil lawatan kepada jabatan/ institut serta kementerian berkaitan; mendapatkan maklumat baru dan pelaksanaan sistem pendidikan di negara yang dilawati serta berkongsi pengalaman bersama rakan sejawat; berpeluang untuk mencari idea baru bagi menyelesaikan masalah dalam pengurusan organisasi.
Objektif ini tercapai setelah hasil sesi perbincangan di antara pelajar Institusi Pengajian Kepengetuaan dengan pihak pengurusan dan pelajar Institusi pendidikan di Jogjakarta iaitu Universiti Gadjah Mada dan SMA Negeri 3 Yogyakarta. Lawatan ini juga memberi peluang kepada kami melihat kesan-kesan tinggalan sejarah yang selama ini hanya dibaca melalui buku sejarah, yang mengkagumkan kami adalah masyarakat di Jogjakarta dapat memelihara warisan budaya yang sehingga kini menjadi tarikan seluruh masyarakat dunia. Pada masa yang sama ruang yang ada dalam program lawatan ini memberi peluang kepada peserta Institut Pengajian Kepengetuaan untuk menambahkan kejelekitan sebagai bakal-bakal pemimpin pendidikan di negara ini.
Bak kata pepatah ‘Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat’, proses permuafakatan dari saat-saat mulanya perancangan untuk mengadakan lawatan sehinggalah tamatnya keseluruhan program lawatan berjaya memberi impak yang sangat positif kepada kami. Terima kasih kepada pihak Universiti Malaya amnya dan Institut Pengajian Kepengetuaan khasnya yang telah memberi galakkan dan sokongan dalam menjayakan program lawatan sambil belajar ini.

4 条评论:

Jubah hitam 说...

Pastikan foto En. Jubah Hitam tidak ketinggalan

Jubah hitam 说...

En. Jubah Hitam sudah mula meminati lagu "The moon represents my heart"

Pakwar 说...

semoga kita boleh buat kumpulan koir untuk lagu teresa teng...

terima kasih flower power kerana sanggup bersusah payah menyediakan movie maker...

good luck

abgjan.com 说...

aktivitas ke Jogja bukan sekadar lawatan. menjadi saluran lebih mendekati antara satu sama lain. Semoga persaudaraan terjalin tak berkesudahan. Tahniah utk semua.