2009年5月28日星期四

Majlis Komensmen NPQH Kohort 11/2009

SM 1 "You R The Best" - En Jubah Hitam memang pakai 'Jubah Hitam' kali ini
Penghuni Kondo Putera Mas


28 Mei 2009 adalah hari yang bersejarah kepada peserta NPQH kerana menyaksikan penganugerahan sijil dan diploma Kepengetuaan kepada para graduan NPQH Kohort 11/2007.



Kejayaan ini merupakan suatu titik penting dalam usaha Kementerian Pelajaran Malaysia yang melahirkan kumpulan pemimpin dan pemimpin pelapis yang akan mendokong kemajuan institusi pendidikan dan sekolah di masa depan.



Terima kasih kepada Pengarah IAB Dr. Haji Khair Bin Mohamad Yusof, pensyarah IAB serta staf yang sentiasa memberi komitmen tinggi dalam penyediaan pemimpin pelapis berkualiti.




Juga kepada suami, ibu dan mak mentua saya kerana memberi sokongan kepada saya untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi.


Saya tidak akan lupa kawan-kawan saya di SM1- Azhan, Azhar, Azman, Arman, Abu, Naser, Yen, Bidi, Beri, Pari, Lau, Khur, Nik, Siro, Yati Wahab, Yati Rahman, Finaz, Shidah, Shima, Tipah, Hazura, Hasnah, Azura, J, Siti, Ita, Hani, Yuhanis, Zainab. Kelas kami begitu unik sekali dalam 'kenakalan' ada 'kejelekitannya' . Semoga kawan-kawan dapat berjaya dalam hidup dan mengecapi impian masing-masing.

Terima kasih kepada Pn Salleha yang telah memberi galakkan kepada saya. Masih ingat Puanlah yang menghulurkan borang permohonan NPQH kepada saya, tanpa Puan saya tidak mungkin menjejak langkah ke IAB- JASAMU DIKENANG
Kepada daddy saya, terima kasih kerana mendidik saya. Anda sentiasa dalam kenangan...





4 条评论:

Pakwar 说...

Do u know y U r so important to SM1. It is becoz without u , we cannot SUCCEED, we are not UNIC, that is y u r so meaningful

abgjan.com 说...

setuju dgn Pak War. Walaupun sangat bersopan santun, berbudi bahasa dan prihatin, U juga sangat sporting. Terima kasih atas persahabatan yang terjalin. Kalau ada sebarang salah silap saya pohonkan kemaafan

Vivian Woo 说...

SM1 begitu unik kerana terdapat pelbagai gelagat. dalam kepelbagaian ada kejelekitan ada kolaboratifnya.
Tidak akan lupa
yang suka bina badan itu- Azhan
yang senyuman manis itu-Yati
yang pakar masak nasi dagang itu -Yati Rahman
yang e kamus itu-Finaz
yang trendy bergaya itu- Syidah
yang idealistik itu-Tipah
yang unik itu -Siti
yang tegas itu - Ita
Yang pakar memasak itu- shima
yang mata lense itu-Hazura
yang diam-diam ubi berisi itu - J
yang suka diet itu -Mak Tam
yang banker kelas itu- Hasnah
yang tinggi melanggit itu-Yen
yang sesuai jadi kaunselor itu- Azhar
yang bercermin mata kulit itu- Man
yang suara lemak merdu itu- Naser
yang bersopan santun itu - Pari
yang kaki menari itu -Beri
yang kaki politik itu - Nik
yang helper itu -Lau
yang diplomat itu- Khur
yang aktif tanya soalan itu- BD
yang langsing itu -Abu
yang pemalu itu -Siro
yang suka nyanyi lagu 'kasih' itu - Woo

Jubah hitam 说...

Syabas kerana telah berjaya!