Selepas berehat beberapa hari dan setelah sekian lama mengoptimakan penggunaan otak kiri ku, Flower Power mula mengoperasikan otak kanan pula, mula mengimaginasikan apakah image baru Flower Power selepas ini, supaya dapat memaparkan ciri-ciri profesionalisme Mprinc. Heeeee.....
Rasa-rasa nak potong rambut Flower Power, rambut pendek nampak lebih kemas, ia melambangkan kerajinan dan keupayaan...



Tidak boleh pakai kasut bertumit tinggi, ini kerana Flower Power nak amalkan Management By Walking Around, visibility, nak kejar budak... nak menyelia guru... nak buat analisis SWOT...

Itulah, antara image baru Mprinc yang Flower Power mampu fikir setakat ini, mungkin ada idea baru lagi.... Bagaimanapun, image tetap image. Kalau kita tidak betul-betul melaksanakan tugas dengan bertanggungjawab dan berdedikasi, pengetua sekolah, guru-guru, murid-murid... tetap tidak akan menghormati kita.
So, Mprinc selain sifat luaran yang melambangkan profesionalisme, yang paling penting memantapkan diri kita dengan pelbagai ilmu dan mengaplikasikannya di sekolah yang bakal kami tempatkan.