2009年7月18日星期六
Gerhana Matahari 22 Julai 2009
2009年7月6日星期一
TQ Shimah
Tidak lupa berterima kasih kepada Shimah, beliaulah yang mengirim Laporan Projek Penyelidikan kepada Flower Power. Jasamu dikenang Shimah...
2009年7月4日星期六
Kualiti Vs Kuantiti
Sudah dua tahun merantau demi menuntut ilmu. Memang bukan senang untuk melanjutkan pelajaran apabila telah berumah tangga. Namun atas sokongan suami tercinta, ibu serta mak mertua... Flower Power berjaya menembusi segala cabaran dan rintangan.
Rasa terhutang budi terutamanya kepada kedua orang anak saya. Walaupun setiap hujung minggu Flower Power akan balik ke Johor Bahru namun kebanyakan masanya Flower Power hanya sibuk menyiapkan assignment sahaja. Masalah di atas dapat juga diatasi kerana saya percaya kualiti masa lebih penting daripada kuantiti masa, Flower Power mengambil peluang menghantar anak pergi ke tuisyen untuk berbual dengan mereka masalah yang dihadapi oleh mereka di sekolah...; menjelang Hari Guru Flower Power bersama anak memilih hadiah kepada guru mereka, inilah masanya untuk menanam nilai menghormati guru; bersama anak membuat projek kemahiran hidupnya (seperti Dr Chua) walaupun keesokkan hari kertas Datin akan saya hadapi...
Kini sudah tamat pengajian, Flower Power dapat bermesra dengan anak-anak ku.
Hari ini hari Sabtu, awal pagi lagi Flower Power telah pergi ke rumah mak membawa kedua orang anak saudara dan kedua orang anak menonton wayang di Jusco Tebrau. Ramai pulak di panggung wayang kerana menonton Transformer. Tak ramai yang menonton Ice Age 3. Memang seronok menonton wayang bersama anak.
Anak-anak adalah harta yang paling berharga berbanding segala harta lainnya di dunia ini...Moga kita semua dapat menguruskan masa kita dengan sebijaknya.
2009年7月2日星期四
First Day Of School
Sudah dua tahun tidak mengajar, semalam Flower Power agak tension sehingga tidak dapat tidur nyenyak. Risau juga kerana memikirkan adakah kehadiran saya dapat diterima baik? Adakah terdapat guru yang merasakan dirinya terancam?
Flower Power mengingatkan diri mesti merendahkan diri, bertegur sapa dengan kawan... be confidence...
Pagi-pagi lagi, Flower Power telah bersiap sedia ke sekolah, mujurlah kehadiran saya diterima baik. Guru-guru masih mesra seperti biasa. Pelajar masih kenali saya dan berharap Flower Power dapat mengajar mereka.... Kebetulan penyelia petang sekolah saya bersara semalam, semua tanya pasal "Flower Power akan memegang jawatan Penyelia Petang"... puas saya menjelaskannya...