Saving All My Love For You - Whitney Houston
Sudah dua tahun merantau demi menuntut ilmu. Memang bukan senang untuk melanjutkan pelajaran apabila telah berumah tangga. Namun atas sokongan suami tercinta, ibu serta mak mertua... Flower Power berjaya menembusi segala cabaran dan rintangan.
Rasa terhutang budi terutamanya kepada kedua orang anak saya. Walaupun setiap hujung minggu Flower Power akan balik ke Johor Bahru namun kebanyakan masanya Flower Power hanya sibuk menyiapkan assignment sahaja. Masalah di atas dapat juga diatasi kerana saya percaya kualiti masa lebih penting daripada kuantiti masa, Flower Power mengambil peluang menghantar anak pergi ke tuisyen untuk berbual dengan mereka masalah yang dihadapi oleh mereka di sekolah...; menjelang Hari Guru Flower Power bersama anak memilih hadiah kepada guru mereka, inilah masanya untuk menanam nilai menghormati guru; bersama anak membuat projek kemahiran hidupnya (seperti Dr Chua) walaupun keesokkan hari kertas Datin akan saya hadapi...
Kini sudah tamat pengajian, Flower Power dapat bermesra dengan anak-anak ku.
Hari ini hari Sabtu, awal pagi lagi Flower Power telah pergi ke rumah mak membawa kedua orang anak saudara dan kedua orang anak menonton wayang di Jusco Tebrau. Ramai pulak di panggung wayang kerana menonton Transformer. Tak ramai yang menonton Ice Age 3. Memang seronok menonton wayang bersama anak.